skip to Main Content

Infaqberas.my adalah sebuah platform yang memudahkan masyarakat khususnya di Malaysia untuk menjalankan ibadah infaq / sedekah beras & bahan keperluan asas makanan di mana sahaja pada bila bila masa kepada golongan yang betul betul memerlukan.

Selain itu platform infaqberas.my satu satunya platform infaq di Malaysia yang menyediakan sistem “Track & Trace” (Semak & Jejak).

Sistem “Track & Trace” ( Semak & Jejak ) adalah satu sistem yang dibangunkan oleh infaqberas.my bagi membolehkan penginfaq melihat perjalanan dari mula hingga pemberian infaq disampaikan kepada golongan yang memerlukan, laporan akhir di dalam sistem akan diberikan secara bergambar.

1 notifikasi akan sampai melalui email / sms bagi membolehkan penginfaq menyemak status infaq & ke mana infaq tersebut diagihkan.

Sangat mudah digunakan. Hanya dengan klik butang infaq di ruangan website kemudian isi borang dan tekan “Submit”. Pembayaran infaq boleh dilakukan dengan menggunakan online transfer, kad kredit / debit kad.

Semua orang boleh menyumbang di platform infaqberas.my.

Infaq / sumbangan anda akan kami serahkan kepada golongan yang betul betul memerlukan di seluruh Malaysia. Katogeri golongan adalah seperti berikut :

  • Pusat pengajian tahfiz / pondok swasta yang berdaftar (Maahad, Madrasah / Pondok).
  • Rumah anak yatim yang berdaftar.
  • Orang asal di seluruh semenanjung Malaysia & pendalaman Malaysia timur (Sabah & Sarawak).
  • OKU.
  • Orang fakir & miskin (Asnaf).
  • Orang yang kehilangan pekerjaan.
  • Muallaf (yang tidak berkemampuan).

Boleh, tetapi untuk mendapatkan resit rasmi pengecualian cukai anda perlu berhubung terus ke infaqberas.wasap.my kerana setakat ini kami meletakan syarat minima sumbangan untuk anda mendapatkan resit pengecualian cukai oleh kerana kami menjalankan kerjasama dengan agensi-agensi tertentu.

Infaqberas.my diuruskan oleh organisasi yang tidak berasaskan keuntungan (NGO) yang didaftarkan secara sah di Jabatan Pertubuhan Malaysia (ROS)

Pertubuhan Infaq Beras Malaysia
No. Pendaftaran : PPM-039-10-23092020

Infaqberas.my mempunyai aktivis dari kumpulan pengurusan & pembangunan Tahfiz Manar serta mempunyai ahli jawatankuasa dalaman yang mempunyai pelbagai latar belakang seperti golongan ahli akademik, agamawan mahupun profesional.

Setakat ini pihak kami belum membangunkan applikasi di telefon pintar, Insyaallah dengan sokongan dan doa anda infaq beras akan mempunyai aplikasi sedikit masa lagi.

Proses agihan infaq akan dilakukan setiap hari bagi memastikan golongan yang memerlukan mendapat bekalan beras dan makanan asas secepat yang mungkin, walaubagaimanapun ia bergantung kepada beberapa faktor stok simpanan beras semasa, jadual agihan semasa “First in First out” (FIFO) & jarak tempat agihan.

Dengan sistem “Track & Trace” penyumbang tidak perlu risau kerana setiap pergerakan akan di update dari masa ke semasa.

Ya, setiap penyumbang akan mendapat sijil penyertaan infaq & resit rasmi dari Pertubuhan Infaq Beras Malaysia.

Tidak hanya beras.

Setiap infaq yang diagihkan kami juga mengagihkan bantuan bahan asas keperluan makanan, walau bagaimana pun, sumbangan bahan asas keperluan makanan tertakluk kepada jumlah terkumpul di dalam tabung sumbangan tambahan.

Selain dari kelebihan sistem “Track & Trace”, setiap penama yang dinamakan di dalam borang sumbangan, pihak infaqberas.my akan mengadakan majlis khatam Al-Quran 30 Juzu’ yang akan diniatkan & dihadiahkan bacaan tersebut kepada penama yang diletakkan di ruangan borang sumbangan.

Program ini adalah program wajib setiap bulan sebagai tanda penghargaan kepada penyumbang yang akan di laksanakan oleh pelajar Maahad Tahfiz Manar & Tahfiz yang akan dipilih dari masa ke semasa.

Ya boleh ,

Dalil :

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
Riwayat Muslim (1631), Al-Nasa’i (3651), Al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

Ya, kerana setiap apa yang dimakan oleh setiap anak adam akan menjadi darah daging .

Back To Top